Senin, 08 Mei 2017

(A Syumma Rochim-FHUMPREGA01) Studi Banding Sistem Kewarganegaraan Antara Negara Indonesia dan Negara Brunei Darussalam

Sistem Kewarganegaraa  Brunei Darussalam

Bahagian Pendaftaran Taraf Kebangsaan (Warganegara) bertanggungjawab dalam memproses permohonan untuk mendapatkan taraf sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga memberikan pengesahan taraf kerakyatan mengikut Bab-bab yang ditentukan d​i bawah Akta Pendaftaran Kebangsaan Brunei, Penggal 15.

​Permohonan Bagi Taraf Kebangsaan Brunei (Warganegara)

a) Syarat-syarat kelayakan bagi menjadi rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Permohonan bagi menjadi taraf kebangsaan Brunei adalah mengikut Bab-bab yang ditentukan d​i bawah Akta Pendaftaran Kebangsaan Brunei, Penggal 15 berpandukan syarat-syarat seperti berikut:

​BAB 4(1) Akta Taraf Kebangsaan 
Mengikut Ayah Warganegara Brunei Darussalam (Mutlak Undang-Undang)


Syarat-syarat Kelayakan:

  • Dapat membuktikan ayah kandung adalah seorang Warganegara Brunei Darusslaam
  • Anak kandung yang dipohonkan belum berkahwin
  • Jika anak kandung berwarganegara asing dikehendaki memiliki Dokumen Perjalanan (Pasport) yang sah
  • Berkelakuan baik dan bersih daripada tapisan keselamatan

Dokumen yang diperlukan:-

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Anak:

  • Sijil Kelahiran
  • Kad Pengenalan Pintar
  • Kad Pengenalan Asing (jika ada)
  • Kad Permit Masuk (jika ada)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport)
  • Sijil-sijil persekolahan (jika ada)
  • Surat Pengakuan Islam (jika ada)
  • 2 keping gambar terkini berukuran pasport

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Ayah dan Ibu:

  • Surat permohonan dari pemohon (Ayah)
  • Sijil kelahiran
  • Kad Pengenalan Pintar
  • Surat Pengakuan Islam (jika ada)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport
  • Kad Permit Masuk bagi ibu (jika ada)
  • Sijil Kahwin / Cerai (jika ada)
  • Surat Pengesahan Mahkamah Tinggi Syariah bagi pasangan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri (jika ada)
  • Surat Pengesahan Mahkamah Tinggi Sivil bagi pasangan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri (jika ada)
  • Surat Pengakuan (Statutory Declaration) Mahkamah dari pemohon bagi anak yang lahir luar pernikahan (jika ada)
  • Sijil Kematian ibu kandung (jika ada)
  • Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan Pintar anak-anak pemohon (jika ada)
  • Sijil Kelahiran, Sijil Kerakyatan dan Kad Pengenalan Pintar bagi ayah pemohon (jika ada)

BAB 6(1) Akta Taraf Kebangsaan
Mengikut Ayah Warganegara Brunei Darussalam


Syarat-syarat Kelayakan::

  • Ayah kandung Warganegara Brunei Darussalam secara berdaftar atau penuangan
  • Anak yang dipohonkan hendaklah dilahirkan sebelum ayah kandung diperkenan menjadi warganegara Brunei Darussalam
  • Anak kandung berumur 18 tahun ke bawah dan belum berkahwin
  • Jika anak kandung suda berkahwin atau berumur 18 tahun ke atas, dikehendaki memohon di bawah Bab 5(1) atau Bab 8(1) atau Bab 5(6) dari Akta Taraf Kebangsaan, Brunei Penggal 15
  • Jika anak kandung berwarganegara asing hendaklah memiliki Dokumen Perjalanan (Pasport)  yang sah
  • Berkelakuan baik dan bersih daripada tapisan keselamatan

​Dokumen-dokumen yang diperlukan:-

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi  Anak;​​

  • Sijil kelahiran
  • Pengesahan Kerakyatan Asing (Jika ada)
  • Kad Pengenalan Pintar
  • Kad Pengenalan Asing (jika ada)
  • Kad Permit Masuk (jika ada)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport)
  • Sijil-sijil persekolahan (Jika ada)
  • Surat Pengesahan berhenti sekolah (Jika ada)
  • Surat Pengakaun Islam (jika ada)
  • 2 keping gambar terkini berukuran pasport

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Ayah Kandung;

  • Surat Permohonan dari Pemohon
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Kerakyatan ayah (jika ada)
  • Kad Pengenalan Pintar (jika ada)
  • Surat Pengakuan Islam (jika ada)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport)
  • Sijil Kahwin / Cerai (jika berkenaan)
  • Surat Pengesahan Mahkamah Tinggi Syariah bagi pasangan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri (jika ada)
  • Surat Pengesahan Mahkamah Tinggi Sivil bagi pasangan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri (jika ada)
  • Surat Pengakuan (Statutory Declaration) Mahkamah dari pemohon bagi anak yang lahir luar pernikahan (jika ada)
  • Sijil kematian Ibu (jika ada)

BAB 6 (1) A​kta Taraf Kebangsaan Mengikut
Mengikut Ibu Warganegara Brunei Darussalam


Syarat-syarat Kelayakan::

  • Ibu kandung Warganegara Brunei Darussalam
  • Ibu kandung yang mendapat Taraf Kerakyatan Brunei sebelum dan pada 22 Oktober 2002
  • Jika, anak yang dipohonkan oleh Ibu kandung yang mendapat Taraf Kerakyatan Brunei selepas 22 Oktober 2002, anak tersebut mestilah berumur 18 tahun ke bawah dengan syarat seperti berikut;
    • Semasa permohonan dihadapkan, ibu kandung masih hidup
    • Anak kandung lahir pada atau selepas 16 Ogos 1975 dan masih belum berkahwin
  • Anak kandung yang dipohonkan yang lahir di luar negeri, hendaklah secara berterusan tinggal di Negara Brunei Darussalam bersama Ibu kandung sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh permohonan dihadapkan
  • Mempunyai Dokumen Perjalanan (Pasport) yang sah
  • Bagi anak-anak yang sudah berkahwin bolehlah memohon taraf kerakyatan Negara Brunei Darussalam di bawah Bab 5(1) atau Bab 8(1) atau Bab 5(6) dari Akta Taraf Kebangsaan, Brunei Penggal 15

Dokumen-dokumen yang diperlukan:-

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Anak

  • Surat Permohonan dari Pemohon
  • Sijil kelahiran
  • Borang W/Pengesahan Kerakyatan asing (Jika ada)
  • Surat Pengakaun berkanun bagi anak luar nikah (Jika ada)
  • Kad Pengenalan Pintar (Jika ada)
  • Kad Pengenalan Asing (Jika ada)
  • Kad Permit Masuk (Jika ada)
  • Surat Pengakaun Islam (Jika ada)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport)
  • Sijil-sijil Persekolahan
  • Surat Pengesahan Behenti sekolah (Jika ada)
  • Surat Pengesahan Bekerja dari majikan (Jika ada)

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Ibu (Pemohon);

  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Kerakyatan (Jika ada)
  • Kad Pengenalan Pintar
  • Surat Pengakuan Islam (Jika ada)
  • Sijil Kahwin / Cerai (Jika Berkenaan)
  • Surat Pengesahan Mahkamah Tinggi Syariah bagi pasangan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri (jika ada)
  • Surat Pengesahan Mahkamah Tinggi Sivil bagi pasangan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri (jika ada)

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Suami (Pemohon);

  • Sijil Kelahiran
  • Kad Pengenalan Pintar (jika berkenaan)
  • Kad Pengenalan Asing (jika berkenaan)
  • Kad Permit Masuk (jika berkenaan)
  • Surat Pengakuan Islam (jika ada)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport)
  • Sijil Kematian (jika berkenaan)

Bab 6 (1) Akta Taraf Kebangsaan
Mengikut Ibu atau Ayah Angkat Warganegara Brunei Darussalam


Syarat-syarat Kelayakan::

  • Ayah / Ibu Angkat Warganegara Brunei Darussalam
  • Anak angkat yang dipohonkan mestilah berumur 18 tahun ke bawah dan belum berkahwin
  • Jika anak angkat sudah berkahwin atau berumur 18 tahun ke atas, bolehlah memohon di bawah bab 5(1) atau Bab 8(1) atau Bab 5(6) dari Akta Taraf Kebangsaan, Brunei Penggal 15
  • Anak Angkat yang dipohonkan mestilah memiliki Sijil Pendaftaran Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Negara Brunei Darussalam
  • Jika anak angkat berwarganegara asing, anak tersebut mestilah memiliki Dokumen Perjalanan (Pasport) yang sah
  • Anak Angkat mestilah memiliki Kad Permit Masuk selama tidak kurang 2 tahun
  • Berkelakuan baik dan bersih daripada tapisan keselamatan

Dokumen-dokumen yang diperlukan:

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Anak;

  • Surat Permohonan dari Pemohon
  • Sijil Kelahiran
  • Kad Permit Masuk (Jika ada)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport)
  • Surat Penyerahan dari Ibu Bapa Kandung
  • Surat Izin Pengambilan Anak Angkat keluaran Brunei
  • Surat Pendaftaran Anak angkat keluaran Brunei
  • Jika lahir luar negeri sila sertakan :-
    - Sijil Pendaftaran Anak Angkat / Surat Penyerahan Anak Angkat

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Ayah dan Ibu Kandung;

  • Sijil Kelahiran bagi keduanya (Jika ada)
  • Kad Pengenalan Pintar bagi keduanya
  • Dokumen Perjalanan (Pasport) bagi Keduanya (Jika ada)
  • Sijil Kahwin / Cerai bagi keduanya (Jika ada)

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Ayah dan Ibu Angkat (Yang Memohon);

  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Kerakyatan (jika ada)
  • Kad Pengenalan Pintar bagi Pemohon
  • Kad Pengenalan Asing (Jika berkenaan)
  • Surat Pengakuan Islam (Jika berkenaan)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport) (Jika ada)
  • Sijil Kahwin / Cerai (Jika ada)
  • Surat Pengesahan Mahkamah Tinggi Syariah bagi pasangan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri (jika ada)
  • Surat Pengesahan Mahkamah Tinggi Sivil bagi pasangan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri (jika ada)
  • Sijil Kematian (Jika ada)
  • Sijil Kelahiran anak-anak kandung (Jika ada)
  • Sijil Pendaftaran Anak Angkat bagi anak yang terdahulu (Jika ada)

​Bab 5(1) Akta Taraf Kebangsaan
Bagi Ujian Tulis / Lisan


Syarat-syarat Kelayakan::

  • Lahir dalam negeri (Negara Brunei Darussalam)
  • Memegang Residence Permit (RP) / Entry Permit (EP) tidak kurang 12 tahun dari tarikh RP / EP dikeluarkan (Berkediaman dam Negara Brunei Darussalam tidak kurang 12 tahun dari tempoh 15 tahun sebelum tarikh menghadapkan permohonan)
  • Kelayakan umur bagi ujian bertulis adalah 18 tahun ke atas dan bagi ujian lisan pula hendaklah lahir pada tahun 1955 kebawah. Bagi pemohon yang dapat membuktikan mereka tidak pernah bersekolah atau buta huruf atau golongan istimewa bolehlah menghadaokan permohonan ujian lisan dan ini tertakluk kepada sokongan Jawatankuasa Kecil Ujian Lisan
  • Berkelakuan baik dan bersih tapisan keselamatan
  • Tinggal berterusan di Negara ini selama 2 tahun sebelum menghadapkan permohonan
  • Pemohon-pemohon yang bukan berbangsa Melayu dan bukan berugama Islam hendaklah memahami pantang larang orang Melayu/Islam di Negara Brunei Darussalam supaya keharmonian bermasyrakat terjamin

Dokumen-dokumen yang diperlukan:-

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Pemohon:

  • Surat Permohonan dari Pemohon
  • Sijil Kelahiran
  • Residence Permit / Entry Permit / Surat Pengesahan PR/EP
  • Kad Pengenalan Pintar
  • Kad Pengenalan Asing (Jika ada)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport)
  • 2 keping Gambar terkini berukuran Pasport

 

Dokumen-dokumen Tambahan Asal dan Salinan Bagi Pemohon:

  • Sijil-sijil persekolahan (Jika ada)
  • Surat Pengesahan Sekolah atau Berhenti dari pihak Sekolah (Jika ada)
  • Surat Pengesahan Bekerja dari Pihak Majikan (Jika ada)
  • Sijil Kahwin / Sjil Cerai (Jika ada)
  • Surat Pengakuan Islam (Jika ada)

 

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Suami / Isteri Pemohon:

  • Surat Beranak (Jika ada)
  • Kad Pengenalan Pintar (jika ada)
  • Surat Pengakuan Islam  (jika ada)
  • Sijil Kematian (Jika ada)

 

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Anak-Anak Pemohon:

  • Surat Beranak (Jika ada)
  • Kad Pengenalan Pintar (Jika ada)

 

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Bagi Ayah Dan Ibu Kepada Permohonan:

  • Kad Pengenalan Pintar *ayah
  • Kad Pengenalan Pintar Ibu (Jika ada)
  • Sijil Kematian ayah / ibu (Jika ada)

Bab 8(1) Akta Taraf Kebangsaan
Bagi Ujian Tulis / Lisan Bahasa Melayu


Syarat-syarat Kelayakan::

  • Pemohon lahir luar di negeri
  • Pemegang atau Tercatat / Dicatat dalam Kad Permit Mastautin (Residence Permit) atau Kad Permit Masuk (Entry Permit) tidak kurang 20 tahun dari tarikh dikeluarkan
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas
  • Berkelakuan baik dan bersih daripada tapisan keselamatan
  • Tinggal secara berterusan di Negara Brunei Darussalam selama 2 tahun sebelum menghadapkan permohonan
  • Pemohon hendaklah memahami kehidupan, adat resam dan kebudayaan Negara Brunei Darussalam

 

Dokumen-dokumen yang diperlukan:

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Pemohon;

  • Surat Permohonan dari Pemohon
  • Sijil Kelahiran
  • Kad Permit Mastautin (Residence Permit) atau Kad Permit Masuk (Entry Permit)
  • Kad Pengenalan Pintar
  • Kad Pengenalan Asing (Jika ada)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport)
  • 2 keping Gambar terkini berukuran Pasport
  • Sijil-sijil persekolahan (Jika ada)
  • Surat Pengesahan Belajar atau Berhenti dari pihak Sekolah (Jika ada)
  • Surat Pengesahan Bekerja dari pihak Majikan (Jika ada)
  • Surat Pengakuan Islam (Jika ada)
  • Kad Pengenalan Pintar ibubapa kandung
  • Sijil Kematian ayah / ibu (Jika berkenaan)

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Suami / Isteri dan Anak-anak (Pemohon);

  • Surat Kelahiran
  • Kad Pengenalan Pintar
  • Sijil Kahwin / Cerai (Jika ada)
  • Sijil Pengakuan Islam (jika ada)
  • Sijil Kematian (Jika berkenaan)

 

Bab 5(6) Akta Taraf Kebangsaan

Mengikut Suami Warganegara Brunei Darussalam


Syarat-syarat Kelayakan:

  • Suami Warganegara Brunei Darussalam
  • Tempoh perkahwinan selama 5 tahun
  • Pemegang atau Tercatat / Dicatat dalam Kad Permit Mastautin (Residence Permit) atau Kad Permit Masuk (Entry Permit) tidak kurang 3 tahun dari tarikh dikeluarkan
  • Berkelakuan baik dan bersih daripada tapisan keselamatan.

Dokumen-dokumen diperlukan semasa memohon

 

 

Dokumen-dokumen yang diperlukan:

Dokumen-dokumen Asal dan Salinan Suami / Isteri dan Anak-anak

  • Surat Permohonan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Kahwin
  • Surat Pengesahan Mahkamah Tinggi Syariah bagi pasangan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri (jika ada)
  • Surat Pengesahan Mahkamah Tinggi Sivil bagi pasangan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri (jika ada)
  • Residence Permit / Entry Permit / Surat Pengesahan PR/EP bagi isteri yang dipohonkan
  • Kad Pengenalan Pintar
  • Kad Pengenalan Asing bagi isteri (jika berkenaan)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport)
  • 2 keping Gambar terkini berukuran Pasport
  • Surat Pengakuan Islam (Jika berkenaan)
  • Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan Pintar anak-anak (jika berkenaan)
  • Sijil Cerai /  Sijil Kematian (jika berkenaan)
  • Surat Pengesahan dari Penghulu dan Ketua Kampong (jika berkenaan)

 

b) Permohonan bagi perlucutan taraf kebangsaan Brunei (warganegara)

Warganegara Brunei Darussalam yang terlucut dan melucutkan taraf kebangsaan Brunei hendaklah menghadapkan dokumen-dokumen berikut;

  • Surat permohonan pemohon
  • Salinan surat kebenaran menjadi warganegara asing
  • Salinan sijil taraf kewarganegaraan asing
  • Salinan Kad Pengenalan asing (Asal dan Salinan)
  • Sijil Taraf kerakyatan Negara Brunei Darussalam (jika ada)
  • Dokumen Perjalanan (Pasport) Negara Brunei Darussalam (Asal dan Salinan)
  • Kad Pengenalan Pintar Negara Brunei Darussalam (Asal dan Salinan)
  • Sijil kelahiran (Asal) bagi membatalkan endosmen di belakang sijil berkenaan
  • Surat pengesahan taraf kerakyatan Negara Brunei Darussalam (jika berkenaan)

 

 

Sistem Kewarganegaraan Indonesia

A. Warga Negara

Pengertian rakyat atau penduduk sering terkacaukan, maka kita perlu mengetahui batas-batasnya.

a. Yang dimaksud dengan rakyat suatu negara haruslah mempunyai ketegasan bahwa mereka itu benar-benar tunduk kepada Undang-Undang Dasar Negara yang berlaku, mengakui kekuasaan Negara tersebut dan mengakui wilayah Negara tadi sebagai Tanah Airnya yang hanya satu-satunya.

b. Penduduk adalah semua orang yang ada atau bertempat tinggal dalam wilayah negara dengan ketegasan telah memenuhi persyaratan-persyaratan tertentu yang ditetapkan oleh peraturan Negara.

Dari batasan-batasan diatas dapat kita mengetahui bahwa dalam pengertian rakyat sering dikaitkan dengan pengertian warga negara, sedang dalam pengertian penduduk dapat mencakup pengertian yang lebih luas.[1]

 

B. Sistem Kewarganegaraan

Pada asasnya ada beberapa sistem (kriteria umum) yang digunakan untuk menentukan siapa yang menjadi warga negara suatu negara. Kriteria tersebut yaitu :

1. Sistem Kewarganegaraan berdasarkan Kelahiran

a. Asas Ius Soli (Law of The Soli)

Asas yang menentukan kewarganegaraan seseorang berdasarkan Negara tempat kelahiran.

b. Asas Ius Sanguinis (Law of The Blood)

Penentuan Kewarganegaraan berdasarkan keturunan/kewarganegaraan orang tuanya.[2]

c. Masalah Kewarganegaraan

 

1) Apatride

Apatride terjadi apabila seorang anak yang Negara orang tuanya menganut asas Ius Soli lahir di Negara yang menganut Ius Sanguinis.[3] Contoh : Seorang keturunan bangsa A (Ius Soli) lahir di negara B (Ius Sanguinis) Maka orang tsb bukan warga negara A maupun warga negara B.

 

2) Bipatride

Bipatride terjadi apabila seorang anak yang Negara orang tuanya menganut Ius Sanguinis lahir di Negara lain ynag menganut Ius Soli, maka kedua Negara tersebut menganggap bahwa anak tersebut warga Negaranya.[4] Contoh : Seorang keturunan bangsa C (Ius Sanguinis) lahir di negara D (Ius Soli). Sehingga karena ia keturunan negara C, maka dianggap warga negara C, tetapi negara D juga menganggapnya sebagai warga negara,karena ia lahir di negara D.

3) Multipatride

Seseorang yang memiliki 2 atau lebih kewarganegaraan Contoh : Seorang yang bipatride juga menerima pemberian status kewarganegaraan lain ketika dia telah dewasa, dimana saat menerima kewarganegaraan yang baru ia tidak melepaskan status bipatride-nya.

2. Sistem Kewarganegaraan berdasarkan Perkawinan

 

a. Asas Kesatuan Hukum

Asas kesatuan hukum berangkat dari paradigma bahwa suami istri ataupun ikatan keluarga merupakan inti masyarakat yang meniscayakan suasana sejahtera, sehat, dan tidak terpecah. Dalam menyelenggarakan kehidupan bermasyarakatnya,suami istri ataupun keluarga yang baik perlu mencerminkan adanya suatu kesatuan yang bulat.

Supaya terdapat keadaan harmonis dalam keluarga diperlukan kesatuan secara yuridis maupun dalam jiwa perkawinan, yaitu kesatuan lahir dan batín. Dan kesatuan hukum dalam keluarga ini tidak bertentangan dengan filsuf persamaan antara suami istri sehingga sekedar mencari manfaatnya bagi sang suami saja.

b. Asas Persamaan Derajat

Menurut asas persamarataan bahwa perkawinan sama sekali tidak mempengaruhi kewarganegaraan seseorang, dalam arti masing-masing istri atau suami bebas menentukan sikap dalam menen tukan kewarganegaraanya.

Asas ini menghindari terjadinya penyelundupan hukum, misalnya seseorang yang berkewarganegaraan asing ingin memperoleh status kewarganegaraan suatu Negara dengan cara atau berpura-pura melakukan pernikahan dengan pasangan di Negara tersebut.

3. Sistem Kewarganegaraan berdasarkan Naturalisasi

Adalah suatu perbuatan hukum yang dapat menyebabkan seseorang memperoleh status kewarganegaraan, Misal : seseorang memperoleh status kewarganegaraan akibat dari pernikahan, mengajukan permohonan, memilih/menolak status kewarganegaraan.

a. Naturalisasi Biasa

Yaitu suatu naturalisasi yang dilakukan oleh orang asing melalui permohonan dan prosedur yang telah ditentukan.

b. Naturalisasi Istimewa

Yaitu kewarganegaraan yang diberikan oleh pemerintah (presiden) dengan persetujuan DPR dengan alasan kepentingan negara atau yang bersangkutan telah berjasa terhadap negara.

Dalam menentukan kewarganegaraan seseorang berdasarkan naturalisasi digunakan 2 stelsel, yaitu :

1. Stelsel Aktif, yakni untuk menjadi warga negara pada suatu negara seseorang harus melakukan tindakan-tindakan hukum secara aktif.

2. Stelsel Pasif, yakni seseorang dengan sendirinya dianggap sebagai warga negara tanpa melakukan sesuatu tindakan hukum.

 

C. Sejarah Kewarganegaraan

Mengetahui tentang masalah kewarganegaraan juga melibatkan sejarah dari sistem kewarganegaraan, yang berkembang dari masa ke masa. Diawali dengan:

1. Zaman penjajahan Belanda

Hindia Belanda bukanlah suatu negara, maka tanah air pada masa penjajahan Belanda tidak mempunyai warga negara, dengan aturan sebagai berikut:

1) kawula negara belanda orang Belanda,

2) (2) kawula negara belanda bukan orang Belanda, tetapi yang termasuk Bumiputera,

3) (3) kawula negara belanda bukan orang Belanda, juga bukan orang Bumiputera, misalnya: orang – orang Timur Asing (Cina, India, Arab, dan lain-lain).[5]

2. Masa kemerdekaan

pada masa ini, Indonesia belum mempunyai UUD. Sehari setelah kemerdekaan, yakni tanggal 18 agustus 1945, panitia persiapan kemerdekaan Indonesia mengesahkan UUD 1945. Mengenai kewarganegaraan UUD 1945 dalam pasal 26 ayat(1) menentukan bahwa "Yang menjadi warga negara ialah orang – orang bangsa Indonesia aseli dan orang – orang bangsa lain yang di sahkan dengan undang – undang sebagai warga negara," sedang ayat 2 menyebutkan bahwa syarat – syarat yang mengenai kewarganegaraan ditetapan dengan undang – undang.[6]Sebagai pelaksanaan dari pasal 26, tanggal 10 april 1946, diundangkan UU No. 3 Tahun 1946. Adapun yang dimaksud dengan warga negara Indonesia menurut UU No. 3 Tahun 1946 adalah:

(1) Orang yang asli dalam daerah Indonesia,

(2) Orang yang lahir dan bertempat kedudukan dan kediaman di dalam wilayah negara Indonesia,

(3) Anak yang lahir di dalam wilayah Indonesia.[7]

3. Persetujuan Kewarganegaraan dalam Konferensi Meja Bundar (KMB)

Persetujuan perihal pembagian warga negara hasil dari konferensi meja bundar (KMB) tanggal 27 desember 1949 antara Belanda dengan Indonesia Serikat ada tiga hal yang penting dalam persetujuan tersebut antara lain:

(1) Orang Belanda yang tetap berkewargaan Belanda, tetapi terhadap keturunannya yang lain dan bertempat tinggal di Indonesia kurang lebih 6 bulan sebelum 27 desember 1949 setelah penyerahan keddaulatan dapat memilih kewarganegaraan Indonesia yang disebut juga "Hak Opsi" atau hak untuk memilih kewarganegaraan.

(2) Orang – orang yag tergolong kawula Belanda (orang Indonesia asli) berada di Indonesia memperoleh kewarganegaraan Indonesia kecuali tidak tinggal di Suriname / Antiland Belanda dan dilahirkan di wilayah Belanda dan dapat memilih kewarganegaraan Indonesia,

(3) Orang – orang Eropa dan Timur Asing, maka terhadap mereka dua kemungkinan yaitu: jika bertempat tinggal di Belanda, maka dtetapkan kewarganegaraan Belanda, maka yang dinyatakan sebagai WNI dapat menyatakan menolak dalam kurun waktu 2 tahun.[8]

4. Berdasarkan undang – undang nomor 62 tahun 1958

Undang – undang tentang kewarganegaraan Indonesia yang berlaku sampai sekarang adalah UU No. 62 tahun 1958, yang mutlak berlaku sejak diundangkan tanggal 1agustus 1958. Beberapa bagian dari undang – undang itu, yaitu mengenai ketentuan – ketentuan siapa warga negara Indonesia, status anak – anak an cara – cara kehilangan kewarganegaraan, ditetapkan berlaku surut hingga tanggal 27 desember 1949.

Hal – hal selengkapnya yang diatur dalam UU No. 62 tahun 1958 antara lain: (1) siapa yang dinyatakan berstatus warga negara Indonesia (WNI), (2) naturalisasi atau pewarganegaraan biasa,(3) akibat pewarganegaraan, (4) pewarganegaraan istimewa, (5) kehilangan kewarganegaraan Indonesia, dan (6) Siapa yang dinyatakan berstatus asing.

Menurut undang – undang :

1) Mereka berdasarkan UU/ peraturan/perjanjian, yang terlebih dahulu (berlaku surut)

2) Mereka yang memenuhi syarat – syarat tertentu yang ditentukan dalam undang – undang itu.

Selain itu, mungkin juga seorang Indonesia menjadi orang asing karena :

1) Dengan sengaja, insyaf, dan sadar menolak kewarganegaraan RI,

2) Menolak kewarganegaraan karena khilaf atau ikut – ikutan saja,

3) Di tolak oleh orang lain, misalnya seorang anak yang ikut status orang tuanya yang menolak kewarganegaraan RI.[9]

D. Masalah Kedudukan Hukum Bagi Orang Asing

Sesuai dengan pasal 38 UU No. 9 Tahun 1992 tentang keimigrasian, menyatakan pengawasan terhadap orang asing di Indonesia meliputi: pertama, masuk dan keluarnya ke dan dari wilayah Indonesia, kedua, keberadaan serta kegiatan orang asing di wilayah Indonesia. Adapun tugas pengawasan terhadap orang asing yang berada di Indonesia dilakukan oleh menteri kehakiman dengan koordinasi dengan badan atau instansi pemerintah yang terkait.

Masalah lain yang berkaitan dengan orang asing adalah tentang perkawinan campuran, yaitu perkawinan antar a dua orang yang berbeda kewarganegaraan. Dan yang paling menimbulkan persoalan serius adalah perkawinan campuran antar-agama.

1. Perkawinan campuran antar-golongan (intergentiel)

Bahwa hukum mana atau hukum apa yang berlaku , kalau timbul perkawinan antara dua orang, yang masing – masing sama atau berbeda kewarganegaraannya, yang tunduk pada peraturan hukum yang berlainan. Misalnya, WNI asal Eropa kawin dengan orang Indonesia asli.

2. Perkawinan campuran antar-tempat (interlocal)

Yakni perkawinan antara orang – orang Indonesia asli dari lingkungan adat. Misal , orang Minang kawin dengan orang jawa.

3. Perkawinan campuran antar-agama (interriligius)

Mengatur hubungan (perkawinan) antara dua orang yang masing – masing tunduk pada peraturan agama yang berlainan.

Dalam tataran praksis perkawinan campuran antar-agama tidak dikenal di Indonesia. UU No. 1 tahun 1974 tentang perkawinan secara tegas tidak menganut perkawinan campuran antar-agama.

Berkaitan dengan status istri dalam perkawinan campuran, maka terdapat dua asas:

a) Asas mengikuti, maka suami/istri mengikuti suami/istri baik pada waktu perkawinan berlangsung, kemudian setelah perkawinan berjalan.

Pasal 26 UU Kewarganegaraan menyatakan :

Ayat (1) perempuan warga negara Indonesia yang kawin dengan laki – laki warga negara asing kehilangan kewarganegaraan RI jika menurut hukum negara asal suaminya, kewarganegaraan istri mengikuti kewarganegaraan suami sebagai akibat perkawinan tersebut. Ayat (2) Laki – laki warga negara Indonesia yang kawin dengan perempuan warga negara asing kehilangan kewarganegaraanya RI jika menurut hukum asal istrinya, kewarganegaraan suami mengikuti kewarganegaraan istri sebagai akibat perkawinan tersebut.

 

b) Asas persamamerataan

Menurut asas ini, bahwasanya perkawinan tidak mempengaruhi sama sekali kewarganegaraan seseorang, dalam arti mereka (suami atau istri) bebas menentukan sikap dalam menentukan kewarganegaraan asal sekalipun sudah menjadi suami istri.

Ketentuan ini di atur dalam pasal 26 ayat (3) UU kewarganegaraan , bahwa perempuan atau laki – laki WNI yang menikah dengan WNA tetap menjadi WNI jika yang bersangkutan memiliki keinginan untuk tetap menjadi WNI. Adapun mekanismenya dengan, yaitu dengan jalan mengajukan surat pernyataan mengenai keinginannya kepada pejabat atau perwakilan republik Indonesia yang wilayahnya meliputi tempat tinggal perempuan atau laki-laki tersebut, kecuali pengajuan tersebut mengakibatkan kewarganegaraan ganda.[10]


Virus-free. www.avast.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar